Bagaimanakah sebenarnya
perasaan ketika bercinta ? Getus hati kecilku. Perasaan cemburu mula
timbul tatkala melihat post di Twitter
I want to see you
everyday.. <3
Jejaka yang ku minati sejak aku melangkah ke alam
pengajian tinggi. Hampir tiga tahun sejak perasaan itu timbul dan tidak pernah
padam. Lama menyimpan perasaan tersebut dan aku seolah kelu tiap kali
berhadapan dengannya. Aku seolah tidak pasti dan bermain tarik tali dengan
hatiku sendiri. Atas dasar hormat dan kagum, aku sering cuba melupakan perasaan
tersebut. Jejaka yang bernama Ariff yang menawan hati sejak tahun - tahun awal
di universiti tanah air sudah lama mencuri hati .
aku masih ingat di saat awal perkenalan kami . 2
tahun lebih tua dari diriku dan berada d tahun akhir dalam jurusan yang diambil
membuatkan dirinya digelar senior. Pertama kali mendengar namanya apabila
sering disebut oleh senior jurusanku . Ariff Daniel . Sering dikagumi oleh
mahasiswi di universitiku . Bukan itu sahaja, bahkan rakan - rakan siswa ku
juga menceritakan tentang kehebatan Ariff . Ariff yang sempurna . Bijak . Aktif
dalam segala bidang . Pensyarah mana yang tidak mengenali Arif Daniel ? Namun
diriku sedetikpun tidak ingin mengenali orang sebegitu .
Manakan Pipit sama dengan Enggang ? Sekadar
bermimpi disiang hari . Itu sahaja yang aku mampu . sehinggalah aku terlibat
dalam perkhemahan persatuan yang membabitkan Ariff Daniel sebagai Fasilitator
kumpulanku .
Perkhemahan
Assalamualaikum semua. Nama saya Ariff Daniel
.
Berasal daripada Sarawak berketurunan Cina dan
Brunei.
Ucapnya dengan penuh mesra pada malam pertama
perkhemahan kami .Aku yang tunduk ketika itu mula mengangkat kepala dan saat
itu , mata kami bertaut . Saat itulah aku mula mengerti tentang semua yang
pernah diceritakan kepadaku tentang Ariff Daniel . Dia mengukir senyuman sambil
bertanyakan soalan "Siapa nama kamu ?" . Cukup ramah.
"Syahirah" Jawabku ringkas. Cuba untuk
menyembunyikan rasa gugup.
"Ok, Syahirah akan mula perkenalkan diri,
jurusan , hobi dan lain-lain sebagai permulaan aktiviti Ice Breaking kita pada
malam ini."
Aku tersenyum. Agak bikin saspen lah Ariff Daniel
ni ! getus hati kecilku
*******************************************************************
Hari kedua perkhemahan, kumpulan berhadapan dengan
ujian kawad kaki . Walaupun bukan aktiviti kegemaranku, namun aku tetap mencuba
agar ilmu kawad yang sudah lama berkarat di jiwa ini mampu di asah semula .
Cuaca begitu baik sekali dengan angin yang meniup sepoi bahasa sambil latihan
kami diadakan dibawah pokok yang sungguh redup .
Sedang sibuk berlatih, Ariff Daniel datang
menawarkan diri untuk mengajar kami semua . Buat pertama kali bagi aku dan juga
kumpulanku, pelajaran kawad kaki itu terasa sungguh senang . mudah . Entah
mengapa . mungkin mentaliti kami berubah dengan kedatangan Ariff atau
sememangnya pelajaran kawad itu memang mudah sama sekali .
cukup sabar Ariff melayan karenah kami . Sedangkan
tenaga pengajar sebelum ini hampir putus asa dengan kenakalan mahasiswa
kumpulanku . Dia seolah - olah sudah lama mengenali kami dan cukup mudah untuk
berinteraksi dengan kami tidak kira siswa ataupun siswi . Hampir sepanjang masa
dia mengajar kami, aku cuba untuk tidak melihat dirinya . aku hanya cuba untuk
mendengar dengan teliti apa yang dituturkan olehnya . Namun , hanya aku yang
mnejadi mangsa .
"Syahirah, tangan kamu
naik sikit"
"Syahirah, luruskan kaki kamu"
"Syahirah, tegakkan badan kamu"
"Syahirah, jangan jadi kayu"
"tengok semua, Syahirah kejap sahaja betul lepas tu salah"
"Syahirah, luruskan kaki kamu"
"Syahirah, tegakkan badan kamu"
"Syahirah, jangan jadi kayu"
"tengok semua, Syahirah kejap sahaja betul lepas tu salah"
Semuanya Syahirah. Rasa sakit pula hati kita ni . aku cuba mengajuk watak filem kegemaran di dalam hatiku . Apabila kami diberi masa untuk rehat, aku cuba menegur Ariff untuk bertanya apakah masalah sebenar dalam pergerakkan ku kerana aku yakin dan positif bahawa pergerakkan ku sama seperti rakan - rakan ku yang lain . Ariff yang ketika itu sedang menyandar di sebalik pohon menghadap pantai sambil bergurau bersama seorang siswa, rakanku Razali tentang pelajaran hari itu .
Belum sempat untuk aku menegurnya, telefonnya
berbunyi dan dia terus berlalu . Razali terus menuju ke arahku sambil berkata :
" Girlfriend dia call, toksah kacau lah. Mari
kita pergi dekat kawan - kawan yang lain "
Di saat itu , senyuman hambar terukir . Sedangkan
aku tidak peduli pada mulanya , mengapa aku seolah kecewa ?
Setelah kembali dari perkhemahan selama tiga hari
dua malam itu, aku pun meneruskan hari - hariku seperti biasa . Bagiku, jika
dia sudah mempunyai teman, kenapa perlu aku terhegeh - hegeh kepadanya ? tapi
kena aku rasa tidak senang duduk ? Sudahlah Syahirah , dia milik orang ! Jangan
Diganggu sudah tertulis di dahinya !
bersambung..
original writing by me :) .