Tuesday, June 11, 2013

Cinta Tak Terungkap (My mini story ? ) Part 1

Bagaimanakah sebenarnya perasaan ketika bercinta ? Getus hati kecilku. Perasaan cemburu mula timbul tatkala melihat post di Twitter

I want to see you everyday.. <3


Jejaka yang ku minati sejak aku melangkah ke alam pengajian tinggi. Hampir tiga tahun sejak perasaan itu timbul dan tidak pernah padam. Lama menyimpan perasaan tersebut dan aku seolah kelu tiap kali berhadapan dengannya. Aku seolah tidak pasti dan bermain tarik tali dengan hatiku sendiri. Atas dasar hormat dan kagum, aku sering cuba melupakan perasaan tersebut. Jejaka yang bernama Ariff yang menawan hati sejak tahun - tahun awal di universiti tanah air sudah lama mencuri hati . 

aku masih ingat di saat awal perkenalan kami . 2 tahun lebih tua dari diriku dan berada d tahun akhir dalam jurusan yang diambil membuatkan dirinya digelar senior. Pertama kali mendengar namanya apabila sering disebut oleh senior jurusanku . Ariff Daniel . Sering dikagumi oleh mahasiswi di universitiku . Bukan itu sahaja, bahkan rakan - rakan siswa ku juga menceritakan tentang kehebatan Ariff . Ariff yang sempurna . Bijak . Aktif dalam segala bidang . Pensyarah mana yang tidak mengenali Arif Daniel ? Namun diriku sedetikpun tidak ingin mengenali orang sebegitu . 

Manakan Pipit sama dengan Enggang ? Sekadar bermimpi disiang hari . Itu sahaja yang aku mampu . sehinggalah aku terlibat dalam perkhemahan persatuan yang membabitkan Ariff Daniel sebagai Fasilitator kumpulanku .

Perkhemahan 

Assalamualaikum semua. Nama saya Ariff Daniel . 
Berasal daripada Sarawak berketurunan Cina dan Brunei.

Ucapnya dengan penuh mesra pada malam pertama perkhemahan kami .Aku yang tunduk ketika itu mula mengangkat kepala dan saat itu , mata kami bertaut . Saat itulah aku mula mengerti tentang semua yang pernah diceritakan kepadaku tentang Ariff Daniel . Dia mengukir senyuman sambil bertanyakan soalan "Siapa nama kamu ?" . Cukup ramah. 

"Syahirah" Jawabku ringkas. Cuba untuk menyembunyikan rasa gugup.

"Ok, Syahirah akan mula perkenalkan diri, jurusan , hobi dan lain-lain sebagai permulaan aktiviti Ice Breaking kita pada malam ini."

Aku tersenyum. Agak bikin saspen lah Ariff Daniel ni ! getus hati kecilku

*******************************************************************

Hari kedua perkhemahan, kumpulan berhadapan dengan ujian kawad kaki . Walaupun bukan aktiviti kegemaranku, namun aku tetap mencuba agar ilmu kawad yang sudah lama berkarat di jiwa ini mampu di asah semula . Cuaca begitu baik sekali dengan angin yang meniup sepoi bahasa sambil latihan kami diadakan dibawah pokok yang sungguh redup . 

Sedang sibuk berlatih, Ariff Daniel datang menawarkan diri untuk mengajar kami semua . Buat pertama kali bagi aku dan juga kumpulanku, pelajaran kawad kaki itu terasa sungguh senang . mudah . Entah mengapa . mungkin mentaliti kami berubah dengan kedatangan Ariff atau sememangnya pelajaran kawad itu memang mudah sama sekali .

cukup sabar Ariff melayan karenah kami . Sedangkan tenaga pengajar sebelum ini hampir putus asa dengan kenakalan mahasiswa kumpulanku . Dia seolah - olah sudah lama mengenali kami dan cukup mudah untuk berinteraksi dengan kami tidak kira siswa ataupun siswi . Hampir sepanjang masa dia mengajar kami, aku cuba untuk tidak melihat dirinya . aku hanya cuba untuk mendengar dengan teliti apa yang dituturkan olehnya . Namun , hanya aku yang mnejadi mangsa .

"Syahirah, tangan kamu naik sikit"
"Syahirah, luruskan kaki kamu"
"Syahirah, tegakkan badan kamu"
"Syahirah, jangan jadi kayu"
"tengok semua, Syahirah kejap sahaja betul lepas tu salah"

Semuanya Syahirah. Rasa sakit pula hati kita ni . aku cuba mengajuk watak filem kegemaran di dalam hatiku . Apabila kami diberi masa untuk rehat, aku cuba menegur Ariff untuk bertanya apakah masalah sebenar dalam pergerakkan ku kerana aku yakin dan positif bahawa pergerakkan ku sama seperti rakan - rakan ku yang lain . Ariff yang ketika itu sedang menyandar di sebalik pohon menghadap pantai sambil bergurau bersama seorang siswa, rakanku Razali tentang pelajaran hari itu .

Belum sempat untuk aku menegurnya, telefonnya berbunyi dan dia terus berlalu . Razali terus menuju ke arahku sambil berkata :

" Girlfriend dia call, toksah kacau lah. Mari kita pergi dekat kawan - kawan yang lain " 

Di saat itu , senyuman hambar terukir . Sedangkan aku tidak peduli pada mulanya , mengapa aku seolah kecewa ? 

Setelah kembali dari perkhemahan selama tiga hari dua malam itu, aku pun meneruskan hari - hariku seperti biasa . Bagiku, jika dia sudah mempunyai teman, kenapa perlu aku terhegeh - hegeh kepadanya ? tapi kena aku rasa tidak senang duduk ? Sudahlah Syahirah , dia milik orang ! Jangan Diganggu sudah tertulis di dahinya !

hampir dua minggu aku bergelut dengan perasaan . Sekejap aku tersenyum sekejap aku marah dengan diri sendiri . Bingung . Sakit hati . Semuanya bercampur . Dan semester itu berlalu begitu sahaja tanpa aku sedar .
bersambung..



original writing by me :) .

No comments:

Post a Comment